Social Icons

Sunday, 5 July 2015

Tambat hati anak dengan pizza sate kebab

Alhamdulillah....

Sahabat kami berkongsi resepi kasih untuk anak-anak. Sengaja mencipta kelainan atas permintaan keluarga. Maklumlah... ganjaran untuk anak-anak kecil yang belum baligh berlatih puasa.

Nak makan luar di Pizza Hut, suami tak berkenan. Berbuka nak cari nasi berlauk juga. 

Serba salah Puan Faradhila kalau diikutkan.


Syukur supermom ini cepat bertindak. Bahan sudah ada, tinggal 'fusion' kan sahaja...
Jom cuba resepi sihat ini!!!

****************
Homemade Pizza
****************
Oleh : Faradhila Haspar
Hp: 0192226434
Status: pemborong sate kebab Kapar , Klang
Rujukan : Pizza Simple & Mudah ; Lemon Teh- Blogger

BAHAN-BAHAN
Roti Pizza (kalau xde guna roti gardenia je pun boleh) 
Sos Spageti(kalau xda guna tomato pure je)
*Sate Kebab- secukupnya
*Udang /sotong-secukupnya(pilihan ye..kalau xde pn xpe)
Cili Benggala-dihiris nipis
Sos cheese
Cheese Mozarella-diparut

*bahan2 direbus sekejap
Doh pizza(kalau rajin nak buat)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar air
2 sudu besar minyak jagung/minyak zaitun/minyak masak
1@2 sudu besar susu cair/susu pekat/susu segar
Secubit garam

CARA-CARANYA
1. Sapukan sos spageti atas roti
2. Taburkan Sate Kebab/udang/sotong
3. Susunkan cili benggala
4. Tuangkan sos chรจese secukupnya(banyak lg sedap)
5. Taburkan Mozarella cheese
6. Bakar pada suhu 130-170 darjah celcius selama 20-30mnt
7. Siap.


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates