Social Icons

Featured Posts

Sate Kebab

Rasa yang Sememangnya BERBEZA

Sate Kebab bersama roti pita

Belum Cuba Belum tahu

Sate Kebab Panggang

Terbaik dimasak di atas pemanggang dan kuali ajaib

Salad Sate Kebab

Enak dihidang bersama salad segar dan curahan sos meleleh

Meleleh

Dikapit bersama roti dan pastri, rasa yang sukar dilupakan

Tuesday, 19 September 2017

Siapa kata nak berniaga kena ada kedai?

Rumah ku dan peti ajaib tak dapat di pisahkan .
One stop centre . Bakal pemborong datang dari jauh nak tengok stok ,berbincang , survey peti sejuk beku dan dapatkan idea bagaimana nak pecut terus dalam bisnes hot permintaan tinggi ni .
Siapa kata niaga #satekebabAkmal perlu terus ada kedai atau outlet .
Semua nya bermula dari rumah jer dah cukup . Hanya dengan modal permulaan serendah modal rm1xx layak jadi ejen . Yang penting stok setiap hari keluar dan duit cash masyuk hari hari . Best kan .

Image may contain: one or more people and indoor 

Fatimah Mohd Sani
Pembimbing Bisnes Anda


Tuesday, 12 September 2017

Bila pekerja merungut, apa nak jawab?

Ramai orang meminta tips untuk mencapai tahap yang saya miliki sekarang.
Alhamdulillah.... Syukur Tuhan masih memihak dan memberi rezeki. Saya amat berterima kasih pada sokongan keluarga dan sahabat. Saya tak kisah berkongsi pengalaman pun. Malahan saya mendoakan tuan-puan lebih berjaya daripada saya.
Hakikat dunia perniagaan, terutama sekali produk sendiri sebenarnya sangat besar cabaran.
Sebelum saya menceburi bidang perniagaan, saya bekerja dalam pasukan engineer di kilang elektronik . Bukan balik kerja pukul 6 atau pukul 7 malam . Tapi balik pukul 1 ke 2 pagi setiap hari sampai jatuh sakit . Bukan sehari bukan seminggu tapi 5 tahun . Tu belum masuk bab kena maki hamun dengan boss .
Kemudian, saya menjadi suri rumah. Cabaran membesarkan 4 orang anak dan berjauhan dengan suami selama 4 tahun . Yang sulung masa itu berusia 7 tahun . Yang bongsu 6 bulan . Masya’ Allah, tuhan saja yang tahu. Dan dalam masa 14 tahun, saya berjaya berdiri menjadi usahawan kecil bersama sekumpulan usahawan lain yang tegar dan saling menyokong, memudahkan. Itupun bukan sedikit cabaran yang merempuh … mujur tembok kesabaran masih kuat.
Saya selalu menahan diri dari merungut atau ‘complaint’. Sebab saya percaya pada rezeki yang Allah bagi. Merungut akan menjauhkan rezeki dan menyebabkan rasa tak bahagia. 
Jika hanya kerja atau bisnes berkiblatkan duit, susah nak bahagia .
Bersyukurlah… hasil dari kerja keras dan pengalaman pahit itulah yang membentuk jiwa saya sekarang ini. Saya masih berpegang pada nawaitu, bisnes untuk membantu orang lain .
Pesanan saya buat yang mahu berjinak jinak atau berniat nak jadi produk owner (pemilik produk) , jiwa kena kental ,tak boleh sikit sikit sentap . Perlu pandai dan bijak susun strategi untuk pastikan syarikat terus maju .
Yang paling penting . Hati kena kering . Lebih kering sekering kering nya dari kita menghadapi cabaran jual produk orang lain .
No automatic alt text available.Antara cabaran utama bila buat produk sendiri ialah hal hal yang melibatkan manpower iaitu "pekerja" .
Kerja sikit = merungut tak de OT, tak de gaji
Kerja banyak = merungut lagi
Kenalah tadah telinga melayan pekerja tu. Dan belajar macam mana nak menaikkan moral mereka. Kalau tidak, Memang mereka akan asyik lompat kerja lah jawab nya .
Adat berbisnes, belajar sambil tersadung kaki. Jatuh bangkit kembali. Kena jaga juga adab berguru. Berkat ilmu yang diberi impaknya bukan hanya pada rezeki duit-duit dan jualan semata. Rezekinya pada banyak cabang. SMI – sendiri mau ingat.


Monday, 11 September 2017

Masak apa malam ni?

Pembuka selera anak anak dan suami . Menu makan malam ini sangat istimewa yang berasaskan #satekebabAkmal
Penyediaan ringkas tidak perlukan penggunaan minyak masak , tambahan garam ,tiada ajinamoto . Lebih fiber (sayur sayuran) . Pasti nya rendah kalori dan rendah karbo .
Alhamdulillah , Sedap di masak . Makan senang hati la la laaa ...

Image may contain: food 

Fatimah Mohd Sani
Masak tanpa ajinomoto


fenomena mini burger kebab Akmal

Burger tecik sangat comel🍔🍔🍔
200 biji #miniburgerkebab habis licin tak sampai satu hari di Food Mega Festival Seberang Jaya Penang . Alhamdulillah

Image may contain: food




Friday, 8 September 2017

Renungan hikmah #jamaiah

Hidup bukan untuk meminta minta
Tiada duit untuk teruskan kehidupan ? Kena Kerja . Carilah kerja apa sekali pun yang Halal untuk sesuap nasi . Untuk meneruskan kehidupan setiap hari .
Bukan kerja susahkan mak ayah . Kerja minta simpati untuk dapatkan duit dari orang tua .
Nauzubillahminzalik . Dunia akhir zaman.

Image may contain: one or more people and text


Thursday, 7 September 2017

Rezeki Merdeka: Hikmah ujian yang menduga kesabaran

Di ambang kemerdekaan ke 60 tahun Malaysia

Image may contain: 3 people, people smiling, textHari Rabu yang sangat memenatkan . Rancangnya saya nak tidur awal . Badan dah bagi signal untuk rehat. Di minda saya terus ligat memikirkan strategi seterus nya untuk kembangkan syarikat apabila tiba tiba mendapat testimoni yang sangat positif tentang #rotiminiburgerJW aka #roticomelJW dari Ratu Viral .

Perghhhh..  sujud syukur dibuatnya.

Image may contain: 4 people, people smiling
Terima kasih Ratu Viral Puan Rafiza Idayu dan Pn Asmahani Awang . Tak boleh lelap mata apabila Puan Ratu suka sangat roti comel keluaran kami .


Mengimbas kembali bagaimana saya hanya bermula dengan satu impian untuk mencipta roti sendiri lain dari yang lain tentu nya sangat sedap , cantik dan amat comel pada pertengahan tahun 2016 , sedangkan masa itu saya belum ada resepi pun untuk hasilkan roti terbaik untuk semua .

Subhanallah cukup cantik aturan Tuhan .

Image may contain: foodTuhan temukan saya cikgu roti yang tak lokek ilmu nya . Saya belajar sendiri RAHSIA dan TEKNIK menghasilkan roti premium yang boleh di sejuk beku kan tanpa menukar sedikit pun tekstur dan rasa roti tersebut walaupun dah masuk peti sejuk beku . Dan yang paling saya istimewanya , inovasi Roti comel keluaran #JWbakery tahan 3 bulan dalam peti sejuk beku . Sunggub ajaib kan . Ya .. roti kami tanpa bahan pengawet dan sangat selamat di makan .

Alhamdulillah , Satu per satu impian saya terlaksana . Hanya bermula dengan angan angan , doa yang sangat yakin ianya boleh di capai . Anda juga pasti boleh!

InshaAllah #Jwbakery akan menghasilkan produk roti keluaran kami seterus nya yang pasti nya di uli dengan penuh kasih sayang untuk seluruh umat masyarakat nikmati bersama keluarga tercinta . Terima kasih atas sokongan kalian terhadap produk muslim keluaran kami .

#SihatComelCeria#JWBakeri#AnakSyarikatJamaiahWealth
#EmpayarNiagaJamaiahWealth

Fatimah Mohd Sani
Impian ke bulan, ku gapai bintang

Wednesday, 6 September 2017

Apa nak buat bila banyak hutang?

Merdeka
Merdeka
Merdeka
Alhamdulillah... akhirnya satu persatu cabaran ekonomi ditempuh dengan penuh keyakinan.
Pasangan muda ini seperti orang lain berdepan dengan pergelutan ekonomi yang menghimpit. Kerja makan gaji hanya mampu menampung kehidupan asas. Sampai bila mereka mahu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semua orang mahu capai keselesaan dan kemajuan hidup.
Mahu tak mahu mereka terpaksa mencari jalan untuk menambah pendapatan. Bukan satu dua perniagaan mereka cuba, akhirnya sistem niaga Sate Kebab di bawah bimbingan #EmpayarNiagaJamaiahWealth juga yang membuktikan kejayaan.
Oleh itu, merdekakanlah diri kalian dari belenggu kesempitan kewangan. Ikut jejak langkah pasangan muda ini. Berani membina impian dan capai satu persatu bersama team dan perniagaan#JamaiahWealth dengan produk sate kebab Akmal , mini burger kebab Akmal , mini bun JW
Tahniah Superstar Noor Azlina Ahmad Jamil dan suami Yuth Soleysoley.
Dalam masa 3 tahun sahaja satu demi satu cita cita terlaksana . Sangat bangga dengan pencapaian ini. Rumah sudah , kereta sudah .. next ? Kita tungguuu ...

Fatimah Mohd Sani
CEO Jamaiah Wealth Sdn Bhd 


No automatic alt text available. 
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, outdoor and nature


 
Blogger Templates